Home > prose and poetry > aku, di sebuah parti

aku, di sebuah parti

aku kesunyian. sebotol bir di dalam tangan kananku, sebatang rokok di tangan kiriku.

kawan aku ada di sebelah kanan aku, sedang bercumbu-cumbuan dengan teman wanitanya. di sebelah kiri aku juga terdapat seorang kawan aku. aku nampak dia sedang mencari vena untuk dijadikan lebuhraya ke syurga.

aku nampak kawan aku sedang terbaring di atas lantai, di hadapan televisyen. dia mabuk atau stoned atau tertidur atau ketiga-tiganya sekali. seluar dia basah.

aku dengar kawan aku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di dalam dapur. sudah hampir sejam dan dia masih ber-“ooh” dan “ah” dan mengeluarkan segala bunyi-bunyian yang lebih selalu aku dengar dalam filem-filem lucah.

aku dengar telefon bimbit aku berbunyi.

dia telefon. siapa lagi? mungkin dia masih rindukan aku. ataupun dia hanya nak menyakitkan hati aku dengan menceritakan tentang teman lelaki barunya ataupun mak mertua barunya ataupun kakak ipar barunya ataupun all of the above dan aku dah menyampah dengan perangainya itu.

tapi aku angkat juga telefon itu. sebab aku kesunyian.

“you kat mana?”

“kat… mana entah. parti bodoh.”

“oh. parti siapa?”

“ala, si celaka tu.”

“oh. si celaka tu.”

“ya, si celaka tu.

i bosan gila ni. and lonely as fuck.”

“oh. tak best-nya… by the way, i call ni sebab…”

hati aku berdebar-debar… dan aku tak tahu kenapa. klise betul.

“sebab apa?”

“sebab… sebab i… sebab i tersangatlah horny sekarang and, well, faham-faham je lah, kan? datang lah. cepat sikit tau. bye.”

aku terkejut dan tergamam dan terdiam buat seketika (panjang ni: ……..). betulkah apa yang baru saja dia katakan? yang dia sedang horny dan dia mahu aku pergi ke rumahnya dan membantu memuaskan nafsunya?

maafkan bahasa aku, tetapi… HOLY FUCK!

aku meletakkan botol bir aku di atas lantai, memadamkan rokok aku di dalam rambut kawan aku si penagih heroin itu, dan aku melangkah keluar dari rumah itu. kawan aku yang di dalam dapur sudah diam, mungkin akhirnya dia sudah mencapai klimaks yang dicari-cari itu.

aku membuka pintu dan

tiba-tiba aku terbangun. aku toleh ke kanan dan aku nampak kawan aku sedang menggerakkan tangannya ke arah kawasan suci di antara kaki seorang wanita sambil menyumbatkan lidahnya ke dalam lidah perempuan malang (dan mungkin juga mabuk) itu. aku toleh ke kiri dan aku nampak bahawa kawan aku sudah pun sampai ke syurga dan kelihatan seperti dia tidak akan kembali ke dunia ini lagi. goodbye, cruel world.

kawan aku masih terbaring di hadapan tv dan telah pun terkencing di dalam seluarnya.

kawan aku yang lagi seorang tu masih lagi ber-“ooh” dan “ah” serta mengeluarkan segala bunyi yang anda akan harapkan daripada sebuah filem lucah.

dan aku perasan telefon bimbit aku berbunyi.

dia telefon. siapa lagi? mungkin dia masih rindukan aku. ataupun dia hanya nak menyakitkan hati aku dengan menceritakan tentang kasut barunya ataupun beg tangan barunya ataupun seluar dalam barunya ataupun all of the above, dan aku dah mula menyampah dengan perangainya itu.

tapi aku angkat juga telefon itu. sebab aku kesunyian. dan juga mungkin sebab cerita bodoh ini memerlukan aku melakukannya.

“you kat mana?”

aku rasa macam soalan ni pernah ditujukan kat aku sebelum ini.

“kat atas sofa.”

“ha. ha. serius ni, kat mana?”

“kat some sort of parti bodoh.”

“oh. siapa punya?”

“ala, si celaka tu.”

“oh. si celaka tu.”

“yeah, si celaka tu.”

“anyway, i call ni sebab…”

“sebab apa?”

“sebab…”

tiba-tiba telefon bimbit aku mati.

celaka. deus ex machina sungguh, tapi terbalik. sambil aku duduk di atas sofa, telefon bimbit aku masih diangkat ke telinga kananku, aku terasa seperti aku hanyalah seorang karakter di dalam sebuah cerita pendek yang tersangatlah bodoh.

lepas tu aku mencuri sebatang lagi rokok daripada poket kawan aku, bangun dan pergi mengambil sebotol bir yang baru (dan, syukur alhamdulillah, sejuk) dari dalam peti ais dan kemudian kembali duduk di atas sofa berlubang yang telah menjadi port aku untuk hampir tiga jam.

botol bir baru di dalam tangan kiriku, rokok baru di tangan kananku. malam masih muda.

dan aku masih kesunyian.

This is somewhat raw and definitely unpolished, straight from the grinders of my mind. First draft, early version, call it what you will. I probably won’t be returning to this, unless I decide to re-write it in English. The closing piece in this recent “Bahasa trilogy,” and what an anti-climax, no?

Advertisements
Categories: prose and poetry
  1. Dec 28, 2008 at 17:27

    i can’t stop tersengih reading this. nice vignette.

  1. Apr 26, 2009 at 00:57

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: