Home > prose and poetry > empat orang wira mengambil keputusan

empat orang wira mengambil keputusan

dia ni nama sara.

dia lagi sorang ni nama liyana.

dia yang lagi sorang ni pulak, namanya fahmi.

dia yang terakhir ni pulak bernama ahmad al-farouk mustapha ali sheik, lebih gemar dikenali sebagai “mat.”

empat orang organisma ini saling mengenali antara satu sama lain dan boleh dikatakan mempunyai hubungan persahabatan yang agak rapat. mungkin pengalaman mereka menyelamatkan dunia daripada cengkaman kapitalis-kapitalis dan moralis-moralis yang cuba menakluknya membantu menjadikan persahabatan mereka sebuah persahabatan yang rapat, siapa tahu?

ya, mereka berempat ni merupakan wira dunia ini. harapan terakhir menentang kuasa kegelapan yang wujud dalam bentuk kapitalis-kapitalis dan moralis-moralis yang telah disebutkan, serta mereka yang terlalu gemar memakai baju berwarna hitam.

sayang sekali, tiada sorang pun antara mereka berempat ini menerima sebarang pujian, sebarang tanda penghargaan daripada manusia-manusia yang menjalankan kehidupan mereka di atas muka bumi ini seperti sel-sel kanser menjalankan kehidupan mereka di dalam badan penghidap kanser paru-paru ataupun kanser perut.

mereka sudah penat, sudah bosan, sudah tidak tahan dengan kehidupan mereka sekarang. antara mereka tiada tulang yang tidak pernah patah atau retak, tiada lengan yang tidak pernah terasa lenguh, tiada bahagian pubik yang tidak pernah digaru. tiap-tiap hari mereka menggadaikan nyawa mereka untuk keselamatan penduduk bumi ini, tetapi apa yang mereka dapat?

lebih-lebih lagi, apa yang penduduk bumi ini buat?

nothing. mereka menjalankan kehidupan mereka yang bosan dan tidak berguna dan bosan dan tidak berguna itu seperti tiada apa-apa pun yang sedang berlaku. secara biologi, mereka memang hidup, tetapi sebenarnya mereka lebih serupa dengan mayat. mayat yang bergerak, mayat yang memandu, mayat yang makan dan minum, mayat yang berkopulasi untuk enjoy serta untuk memastikan kesinambungan zuriat mereka (yang tidak berguna langsung), mayat yang mengeluarkan fatwa-fatwa bodoh (baru-baru ini: berfikir secara logik telah diharamkan. sejurus selepas itu, bunyi ketawa kedengaran datang daripada setiap salinan novel nineteen-eighty four karya george orwell yang berada di dalam negara malaysia), mayat yang menghambakan diri kepada sebuah tuhan yang mungkin wujud atau tidak dan sebagainya.

ya (lagi sekali), empat orang pejuang ini sudah tidak mahu mempertahankan kaum manusia ini yang langsung tidak menyedari bahawa kata kerja “hidup” bukannya bermakna memakai sut dan tali leher, mempelacurkan diri daripada pukul 9 pagi hingga ke pukul 5 petang dan memandu keranda besi mereka (mahal atau murah, sama saja) di atas sungai-sungai bitumen dan tar yang sekali-sekala lurus, sekali-sekala bengkang-bengkok dan sentiasa kelihatan seperti kawasan letak kereta.

suatu hari, mat dan liyana dan fahmi dan sara mengambil keputusan untuk, finally, meletak jawatan (walaupun mereka sebenarnya tidak mempunyai seorang majikan, tidak pernah menjalani proses temuduga, tidak dibayar gaji, tidak perlu memakai uniform, tidak perlu punch card serta tidak mendapat sebarang jenis insurans mahupun wang EPF). “apa nak jadi dengan dunia ni, jadilah,” kata sara, yang—untuk seketika—berbunyi seperti seorang karakter dalam sebuah cerita pendek yang membosankan dan langsung tidak ada sebarang unsur-unsur seni, malah hanya merupakan sebuah kenderaan untuk penulisnya menghilangkan perasaan bosan yang menyerangnya seperti seekor anjing yang sedang marah.

jadi, setelah membakar atau membuang atau menderma segala barang mereka, mereka melompat masuk ke dalam kereta buruk si liyana dan memandu ke arah matahari yang sedang terbenam, meninggalkan dunia ini—serta manusia-manusia yang mempopulasinya—untuk mempertahankan diri mereka, dunia mereka serta kebebasan mereka untuk hidup tetapi tidak hidup.

ketika di dalam kereta, tingkap diturunkan, radio dipasang sekuat-kuatnya: “mat, kau bau sesuatu tak?”, tanya sara. “ye kot. apa ek?”, tanya mat. liyana, memandu, membuka mulut: “bau macam penulis yang mengelat je.” mat dan sara dan fahmi mengerutkan dahi seketika, kemudian mengangguk dan, sebulat suara, berkata: “a’ah, ye lah tu.”

kemudian kereta mereka hilang di sebalik sebuah bukit yang kecil dan tidak dilihat di atas muka bumi ini lagi buat selama-lamanya.

I’m not sure about the prose. I mantain that I am not much good at Bahasa and I have a feeling that this piece shows it on occasion. While Bahasa does have its appeal (my last story, for instance, wouldn’t work as well in English, I don’t think), I feel that if I want to get wordy or break out some slightly more complicated sentences (not by much… it doesn’t take much to put me out of my element when it comes to Bahasa) I should stick to writing in English.

Advertisements
Categories: prose and poetry
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: