Home > prose and poetry > malam ni, kita makan kat neraka, nak tak?

malam ni, kita makan kat neraka, nak tak?

aku.

dia.

dua insan di dalam sebuah

bilik yang berukuran

empat belas kaki darab dua belas kaki

sedang duduk di atas sebuah

tilam yang lusuh

yang berada di atas sebuah

katil besi yang berkarat.

aku sentuh tangan dia. dia sentuh tangan aku.

aku usap rambut dia. dia usap rambut aku.

fast forward.

baju aku seperti tahi lembu di atas lantai.

baju dia hilang entah ke mana.

aku berpeluh.

dia berpeluh.

(kipas rosak.)

jantungku berdegup-degup.

aku teringat lagu the smiths:

so please please please

let me, let me, let me

get what i want

this time.

aku bergerak semakin hampir kepadanya.

aku tak pernah mencium bau peluh seorang gadis. bukan seperti ini.

dia baring.

(apa lagi yang mahu dikatakan? “dia membaringkan dirinya dengan lemah lembut seperti sebuah daun yang semakin layu?” oh tidak.)

aku memandang ke dalam matanya yang kelihatan seperti sebuah metafora yang klise.

dia membisu, tetapi mata dia seperti… seperti… chris rock dalam filem rush hour,

memberitahu segalanya.

aku terasa seperti tuhan sedang memerhati aku, memerhati dia,

memerhati dua insan, terbogel, berpeluh, di atas katil.

(mungkin dia juga tertanya-tanya: bila nak mula?)

aku bangun, mengubah kedudukan aku, dan dia membuka kedua-dua kakinya, dan aku melihat sebuah pemandangan yang telah aku impikan untuk berbulan-bulan lamanya, dan…

dan aku teringat kepada tuhan dan aku teringat azab neraka yang pasti menanti dan aku teringat kata-kata ustaz tua yang mengajar pengajian islam di sekolah menengah dan aku tahu aku tidak akan melihat syurga dan aku tahu aku tidak akan dapat melihat wajah si pencipta yang berada di sebalik awan-awan putih itu.

akan tetapi, dengan sebuah tujahan, aku berjaya menjumpai syurga.

sebuah syurga tanpa tuhan.

No, I don’t know why I wrote this and no, I am not much good at Bahasa and no, it is not just about sex.

Advertisements
Categories: prose and poetry
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: