Home > prose and poetry > selamat hari raya

selamat hari raya

This is . . . I don’t know what the fuck this is! I’m sleep-deprived, somewhat depressed, lonely and crushing on someone I should not be crushing on.

hari raya lagi sekali. lagi sekali hari raya. tahun ni celebrate kat KL, seperti tahun lepas, dan tahun sebelum tu, dan tahun sebelum tu lagi. tak ada siapa pun kat kampung dah: mak bapak aku dah lama meninggal dan adik-beradik aku benci kat aku (aku pun benci kat diorang, for the record), jadi buat apa aku balik? baik raya kat KL aje. aku tak kacau mood diorang, diorang tak kacau mood aku. kan senang? “win-win situation,” bak kata kawan mat salleh aku dari australia ke austria ke mana entah. aku tak pernah ingat betul-betul. lebih kurang je kot, rasanya?

aku bangun pukul sepuluh. memang sah tak sembahyang raya la. seperti tahun lepas, dan tahun sebelum tu, dan tahun se— jap, aku dah guna ayat tu kan? damn. ok ok. version 2.0: memang sah tak sembahyang raya la, macam biasa. aku dah tak ingat kali terakhir aku bangun pagi dan pergi masjid untuk bersembahyang pada pagi hari raya aidilfitri. rasanya kali terakhir masa aku balik kampung la. tak ingat dah bila. lama betul.

ha, better kan?

anyway, aku mandi dengan penuh semangat pagi tu sebab, ya, hari raya kali ni aku nak jumpa Dia. nak beraya kat rumah Dia. nak jumpa mak bapak Dia, cium tangan Diorang. sabun? check. shampoo? check. deodorant dan cologne yang mahal gila babi (masing-masing rm9 dan rm15)? check. kali ni aku betul-betul nak pastikan yang aku kelihatan (dan berbau) seperti seorang yang layak untuk menjadi teman Dia. sebab selalunya aku rasa macam aku tak layak, walaupun Dia sentiasa mengatakan sebaliknya.

lepas tu aku pakai baju melayu aku. baju melayu yang mak aku jahitkan untuk aku dulu, sebelum dia meninggal dalam kecelakaan jalan raya yang juga meragut nyawa seorang kakak aku, suami beliau, anak-anak beliau dan ketiga-tiga ekor kucing kesayangan beliau (yang aku benci gila-gila sebab diorang rosakkan beg gitar mahal aku). warna merah jambu. kawan-kawan aku selalu gelakkan aku sebab warna tu memang tak sepadan dengan personaliti aku, tapi aku tak kisah. kalau baju melayu tu warna hitam bermotifkan polka dot pink pun aku pakai, sebab mak aku yang jahit. baju melayu tu je lah satu-satunya benda yang aku ada untuk mengingatkan aku kepada arwah mak aku.

aku rindu kat dia. sangat, sangat rindu.

but, well, what to do.

aku keluar rumah pukul sebelas lebih. dekat pukul dua belas gak kot. “lama betul aku prepare,” aku fikir sambi memakai selipar buruk aku dan mengunci pintu rumah. dah setel tu, aku pun mula menapak di bawah cahaya matahari yang agak terik. syok betul pergi rumah orang beraya dalam keadaan cuaca yang agak panas. selamat rumah Dia tak jauh pun, lebih kurang sepuluh minit sampai la.

aku berjalan, berjalan dan berjalan lagi. aku terserempak dengan beberapa budak-budak kecil yang sering meng-terrorize kawasan perumahan aku dengan aski basikal mereka, terserempak dengan seekor anjing yang kelihatan seperti terus jatuh cinta dengan aku setelah melihat wajah aku yang berbau cologne mahal (rm15, seperti yang aku sebutkan dalam salah satu perenggan sebelum ni) dan juga terserempak dengan sekumpulan peragut yang sedang meminta duit raya dengan cara tersendiri mereka (as in menggunakan pisau yang tajam serta suara kasar).

yeah, hari raya. awesome gila, kan?

setelah lebih kurang lapan minit dan empat-puluh enam saat berjalan, aku sampai di jalan rumah Dia. kelihatan ramai orang bersongkok, berbaju melayu dan bersampin berdiri di tengah-tengah jalan bersama beberapa orang polis serta beberapa buah van. aku terasa pelik, ye la, raya kan, jadi aku pun menuju terus ke lokasi mereka.

as it turns out, diorang tengah berdiri betul-betul di hadapan rumah Dia. aku mula panik, dan aku menolak beberapa orang pakcik dan makcik tua (termasuk seorang pakcik berambut putih yang terpaksa berdiri dengan bantuan tongkat . . . aku rasa aku tolak dia sampai terjatuh) supaya aku dapat tengok apa yang tengah berlaku sebenarnya. dan apa yang aku lihat membuat

lutut aku terasa lemah dan

kepala aku rasa seperti telah diletupkan, berpecah menjadi beribu-ribu— tak, berjuta-juta cebisan darah dan tulang yang kecil dan

perut aku rasa seperti mahu memuntahkan sarapan pagi aku (roti gardenia dan milo) dan

dunia berpusing-pusing seperti baju di dalam mesin basuh.

aku nampak Dia. dan mak Dia. dan ayah Dia. dan adik Dia (yang aku pernah raba dan yang pernah raba aku . . . adik lain-lain tau, bukan adik yang sama). mereka terbaring di atas tanah, berlumuran darah, masing-masing memakai baju raya mereka berwarna merah. mata terbeliak, lidah terjelir, jari terpotong.

“ish ish ish . . .”

“apa dah jadi dengan dunia ni . . .”

“ya allah . . .”

aku dengar diorang berbisikan sesama sendiri di belakang aku. aku dapat bayangkan diorang menggeleng kepala, menutup mata dan cuba menipu diri sendiri, mengatakan bahawa apa yang diorang tengah tengok tu hanyalah ilusi semata-mata.

telefon bimbit di dalam poket aku berbunyi. ada orang hantar sms kat aku. entah macamana aku berjaya menenangkan diri aku (as in aku berjaya menahan diri daripada terus pengsan right there and then) dan aku pun baca sms tersebut.

boleh teka, kan, dari siapa?

dari Dia.

“selamat hari raya.”

line busy lah tu. lambat gila sms tu sampai.

Advertisements
Categories: prose and poetry
  1. xchematx
    Oct 5, 2008 at 21:58

    si dia tu siapa?awek ko ek?bagi pic awek ko kt blog ini,

  2. Oct 5, 2008 at 22:03

    awek? aku?

    aku mana ada awek

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: